Sumber
sejarah
Kata sejarah berasal dari bahasa Arab,
iaitu Syajaratun yang bererti pohon. Apabila kita melihat pohon secara
terbalik, kita dapat menghubungkannya dengan bentuk penggambaran salasilah keturunan.Sejarah dalam erti sempit, adalah
segala sesuatu yang terjadi di waktu lampau. Dapat pula dikaitkan bahawa
sejarah adalah ilmu yang mempelajari kejadian-kejadian atau peristiwa yang
terjadi pada masa lampau. Dengan mempelajari sejarah, kita dapat mengetahui
kehidupan budaya manusia pada masa lampau, perekonomiannya, kenegaraannya,
bentuk bangunannya, hasil karyanya, serta mengetahui bagaimana perjuangan
manusia dalam mempertahankan hidupnya. Sejarah sebagai peristiwa yang terjadi
pada masa lampau, dapat diungkap kembali oleh para ahli sejarah berdasarkan sumber-sumber
sejarah yang dapat ditemukan. Meskipun demikian, tidak semua peristiwa masa
lampau dapat diungkap secara lengkap kerana terbatasnya sumber sejarah
.
.
Sumber sejarah merupakan bahan utama yang
dipakai untuk mengumpulkan informasi yang berkaitan dengan sejarah. Istilah ini dalam sejarah biasanya diertikan sebagai
“punca” , “dokumen” dan “ rekod”.Sumber memainkan peranan yang penting dalam
menentukan kebenaran dan kesahihan sesuatu fakta atau peristiwa.Sumber juga
membawa pengertian yang jelas dan tepat jika ditafsir.Mengikut Profesor Carr
sumber sejarah adalah sekumpulan fakta yang telah dipasti dan ditelitikan.Bagi
Profesor Collingwood pula sumber sejarah merupakan teks yang berkait dengan
sesuatu peristiwa yang bersejarah.Tambahan pula,Lous Gotttschalk menyatakan
sumber ialah bahan bukti dalam bentuk tulisan,catatan dan saksi utama kepada
pertistiwa sejarah yang berlaku.Manakala,Neibuhr menyata sumber ialah perkara
atau peristiwa yang belaku pada masa lampau.[1]
Menurut
Oxford English Dictionary, sumber adalah
bermaksud sesebuah karya dan lain-lain yang menyediakan maklumat atau bukti
(khususnya yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian
atau siri hal-hal tersebut.. Menurut Muhd. Yusof Ibrahim, ia seperti ilham,
sumber adalah sesuatu yang boleh menjadi punca kepada lahiran pemikiran atau
penulisan, tetapi ia berbeza dengan ilham kerana ia tidak abstrak dan ia boleh
dirujukkan kembali apabila kita memerlukannya lagi.[2]
Biasanya, sumber-sumber sejarah diertikan
sebagai bahan tulisan ataupun bercetak.Sumber dalam sejarah adalah seperti
bahan-bahan tulisan, kesan-kesan peninggalan lama seperti koin , dan Profesor
Sartono Kartodirdjo juga mensifatkan dokumen sebagai monumen, artifak, foto,
dan sebagainya.Sumber adalah sekumpulan bahan yang disimpan di dalam
tempat-tempat yang khusus seperti arkib, muzium, pejabat yang menyimpan rekod,
perpustakaan, rumah orang perseorangan
yang mempunyai minat menyimpannya (biasanya rumah kediaman orang enamaan)
mahupun istana.Secara amnya, istilah “sumber” boleh diertikan sebagai kumpulan
bahan rujukan yang boleh kita rujuk bagi kegunaan penyelidikan dalam mana-mana
satu bidang keilmuan sahaja.Istilah “sumber” ini mengandungi maklumat yang
bersifat asli. (asli merupakan satu ciri daripada istilah “sumber”.)
Manakala pakar sejarah hanya bergantung
kepada bahan arkeologi.Contohnya seperti
kesan-kesan peninggalan arkeologi di
Lembah Bujang telah pertama kali disiasat oleh Kolonel James Low di dalam tahun
1864, tetapi sejauh mana penyelidikan dijalankan adalah sukar ditentukan kerana
tidak terdapat sebarang laporan yang lengkap. Walau bagaimana pun catatan yang
dibuat sekurang-kurangnya menunjukkan beberapa tapak telah ditemui. Di awal
kurun kedua puluh, dua orang ahli ukur yang bertugas di puncak Gunung Jerai
telah menjumpai tinggalan tapak Hindu di situ. Seterusnya kajian di Lembah
Bujang telah dibuat oleh Evans di antara tahun-tahun 1920an dan 1930an dengan
begitu ghairah sekali. Di dalam tahun 1921 beliau melawat Sungai Batu dan menjumpai
patung Durga Devi bersama dengan Mahishahura. Di dalam tahun 1923, sekali lagi
beliau melawat Sungai Batu dan menjumpai Patung Ganesha dan banyak lagi
bahan-bahan arkeologi telah ditemui di tahun-tahun selepasnya (Evans 1927).Arkeologi
juga penyumbangan utama untuk mengkaji sesuatu peristiwa sejarah.
No comments:
Post a Comment