KESAN-KESAN DARIPADA PENANAMAN GETAH
DAN PERLOMBONG BIJIH
TIMAH
Perusahaan getah di Tanah Melayu
mengalami perkembangan yang pesat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada
mulanya getah banyak ditanam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kesan daripada
kejatuhan harga kopi telah menyebabkan ramai yang beralih kepada penanaman
getah. Permintaan yang begitu tinggi terhadap getah telah menyebabkan ramai
pelabur-pelabur Eropah melibatkan diri secara besar-besaran dalam perusahaan
ini.Perlombongan bijih timah merupakan kegiatan ekonomi yang tertua di Tanah
Melayu, iaitu sejak Kesultanan Melayu Melaka. Kegiatan perlombongan bijih timah
telah berkembang dengan pesatnya setelah kehadiran penjajah dan pelabur Barat.
Hal ini kerana kehadiran pihak Barat telah menguasai bidang perlombongan. Sejak
pertengahan abad ke-19, permintaan terhadap bijih timah telah meningkat,
terutama di Eropah dan Amerika Syarikat. Hasil kemajuan teknologi peleburan
timah telah meningkatkan penggunaan timah. Industri pengetinan telah
meningkatkan penggunaan timah, contohnya tin untuk menyimpan makanan, minuman
dan ubat-ubatan.
Perubahan di Tanah Melayu bukan sahaja
tertakluk kepada sistem politik tetapi juga perubahan dari aspek sosial dan
ekonomi. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu telah
mengundang kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu atas dasar
pentadibiran British pada ketika itu. Kemajuan ekonomi di Tanah Melayu telah
menarik minat orang Cina untuk berhijrah. British memandang bahawa orang cina
mempunyai semangat bekerja kuat, berdaya usaha dan bersifat keusahawanan.Masyarakat
India merupakan kelompok masyarakat kedua terbesar yang berhijrah ke Tanah
Melayu ke India. Perkembangan perusahaan getah ini telah membawa kepada
kemasukkan buruh dari India untuk mengusahakan tanaman ini. Mereka dibawa masuk
oleh kerajaan British melalui sistem kontrak dan sistem kangani. Tanah Melayu
sangat kaya dengan bahan galian sehingga digelar Suvarnabhumi yang bermaksud
Bumi Emas oleh pedagang India.Buruh-buruh ini digunakan kerana penduduk
tempatan tidak berminat menjalankan aktiviti ini lagipun bayaran untuk tenaga
buruh India ini murah. Kemasukkan tenaga buruh ini telah menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk
di Tanah Melayu.
Kerajaan
British juga telah memberi galakkan untuk memperkembangkan perusahaan ini.Galakkan
ini diberi dalam bentuk cukai dan duti ke atas tanah yang rendah. Kerajaan
British juga telah menubuhkan Jabatan Pertanian pada tahun 1905 bagi membuat
penyelidikan tentang jenis-jenis pisau yang sesuai dan masa yang elok untuk
melakukan torehan. Selain itu Jabatan ini telah mencadangkan jarak yang sesuai
untuk penanaman getah dan tanaman penutup bumi yang boleh ditanam diantara
pokok-pokok getah. Sesungguhnya galakan dan kajian ini telah menarik minat
mereka untuk beralih kepada tanaman getah.
Sistem
Residen merupakan satu sistem pemerintahan secara tidak langsung Kerajaan
British di Tanah Melayu. Mengikut Sistem Residen, Residen ialah seorang Pegawai
British yang dilantik sebagai penasihat sultan dalam semua perkara kecuali yang
berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. . Pentadbiran British bertujuan
mewujudkan keamanan dan ketenteraman demi menjamin keutuhan dan kelancaran
pentadbirannya. Perlantikan Residen menyebabkan berlakunya perubahan penting
dalam pentadbiran di negari-negeri Melayu. Di bawah Sistem Residen, pentadbiran
negeri yang baru, setiap daerah dibahagikan kepada beberapa unit pentadbiran
yang lebih kecil dikenali sebagai mukim yang diketuai oleh seorang penghulu dan
peringkat yang paling bawah ialah kampung yang dikenali sebagai ketua kampung.
Sultan..dan pembesar kehilangan kuasa dalam pemerintahan, sebaliknya Residen
yang berkuasa menjalankan pentadbiran di negeri dan Pegawai Daerah di daerah.
Contohnya pentadbiran British mempengaruhi perlantikan Sultan Yusoff di Perak.
Sistem pentadbiran di Negeri-negeri Melayu yang bercorak tradisional telah
digantikan dengan sistem birokrasi Barat.
Perkembangan
sistem pengangkutan dan perhubungan, khususnya pembinaan jalan raya dan jalan
kereta api meningkatkan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Dengan adanya
jalan pengangkutan tersebut, kerja-kerja penghantaran bijih timah ke kilang
mahupun ke pelabuhan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Hal ini terbukti
dengan pembinaan jalan perhubungan awal yang menghubungkan kawasan perlombongan
dengan pelabuhan. Contohnya, pada 1885, jalan kereta api telah dibina untuk
menghubungkan Taiping dengan Port Weld. Kemudian Kuala Lumpur ke Klang pada
tahun 1886, dan pada 1894 menghubungkan Ipoh dengan Teluk Anson(Telok Intan).
Pembinaan jalan pengangkutan di Tanah Melayu telah berjaya menjana perkembangan
ekonomi, khususnya perlombongan bijih timah.
Selain pengangkutan, penjajah British juga
memajukan perkhidmatan perhubungan seperti pos, telegraf dan
telefon.Perkhidmatan pos mula diperkenalkan oleh penjajah British pada tahun
1800. Pada tahun 1862, Jabatan Perkhidmatan pos yang pertama telah ditubuhkan
di Negeri-Negeri Selat yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Perkhidmatan pos
pada ketika itu hanyalah tertumpu kepada pengendalian surat-menyurat sebelum
berkembang kepada pengangkutan surat khabar, dokumen perniagaan, bungkusan, dan
kemudahan insurans. Talian telegraf yang pertama dibina pada tahun 1876 untuk
menghubungkan Kuala Kangsar dengan Taiping dan seterus berkembang hingga ke
Kamunting dan Bukit Gantang. Sistem perhubungan telegraf sangat penting dalam
pentadbiran dan penguatkuasaan penjajahan di negeri-negeri Melayu. Pembinaan
sistem telegraf oleh pihak British pada peringkat awalnya adalah untuk memantau
dan menjaga kepentingan kawasan perlombongan mereka yang terdapat di negeri
Perak dan Selangor.Pembinaan sistem ini juga bertujuan menyampaikan maklumat
dan arahan dengan lebih cepat dari pusat pentadbiran jajahan di Singapura ke
pusat pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu. Pada tahun 1886, perkhidmatan
telefon telah diperkenalkan di Negeri-negeri Selat. Ketika itu telefon hanya
digunakan untuk tujuan keselamatn dan dipasang untuk menghubungi balai polis
sahaja.Perkhidmatan telefon bukan sahaja digunakan untuk tujuan pentadbiran,
malah telefon juga turut digunakan oleh peniaga , pemodal dan pengusaha estet
yang memerlukan maklumat tepat dan cepat.. Pihak British juga memperkenalkan
perkhidmatan telegram di Tanah Melayu semasa penjajahan mereka. Penghantaran
maklumat melalui telegram boleh dilakukan di balai polis dengan menggunakan
radio polis. Melalui kaedah ini, maklumat dapat disampaikan dengan lebih
berkesan untuk usaha-usaha menyelamat terutama ketika berlakunya kejadian yang
tidak diingini seperti kejadian banjir besar yang pernah melanda Tanah Melayu
pada tahun 1926.
No comments:
Post a Comment