Tuesday, 23 September 2014

KONSEP SUMBER SEJARAH


Konsep Sumber Sejarah
2.0 Konsep Sumber

Tugas penyelidikan adalah mencari dan mentafsir sumber-sumber.

2.1 Maksud Sumber

·        Istilah ini dalam sejarah biasanya diertikan sebagai “punca” , “dokumen” dan “ rekod”.

·         Menurut Oxford English Dictionary, sumber (source) adalah bermaksud sesebuah karya dan lain-lain yang menyediakan maklumat atau bukti (khususnya yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau siri hal-hal tersebut.[1]

·         Dalam Kamus Dewan, istilah tersebut bermaksud keterangan atau bukti yang bertulis atau bercetak serta surat yang boleh dijadikan bukti seperti surat perkahwinan rasmi.

·         Menurut Muhd. Yusof Ibrahim, ia seperti ilham, sumber adalah sesuatu yang boleh menjadi punca kepada lahiran pemikiran atau penulisan, tetapi ia berbeza dengan ilham kerana ia tidak abstrak dan ia boleh dirujukkan kembali apabila kita memerlukannya lagi.[2]

·         Biasanya, sumber-sumber sejarah diertikan sebagai bahan tulisan ataupun bercetak.

·         Sumber dalam sejarah adalah seperti bahan-bahan tulisan, kesan-kesan peninggalan lama seperti koin , dan Profesor Sartono Kartodirdjo juga mensifatkan dokumen sebagai monumen, artifak, foto, dan sebagainya.

·         Sumber adalah sekumpulan bahan yang disimpan di dalam tempat-tempat yang khusus seperti arkib, muzium, pejabat yang menyimpan rekod, perpustakaan,  rumah orang perseorangan yang mempunyai minat menyimpannya (biasanya rumah kediaman orang kenamaan) mahupun istana.

·         Secara amnya, istilah “sumber” boleh diertikan sebagai kumpulan bahan rujukan yang boleh kita rujuk bagi kegunaan penyelidikan dalam mana-mana satu bidang keilmuan sahaja.

·         Istilah “sumber” ini mengandungi maklumat yang bersifat asli. (asli merupakan satu ciri daripada istilah “sumber”.)

  
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment