Konsep Sumber Sejarah
2.0 Konsep Sumber
Tugas penyelidikan adalah mencari dan mentafsir
sumber-sumber.
2.1 Maksud Sumber
· Istilah ini
dalam sejarah biasanya diertikan sebagai “punca” , “dokumen” dan “ rekod”.
· Menurut
Oxford English Dictionary, sumber (source) adalah bermaksud sesebuah karya dan
lain-lain yang menyediakan maklumat atau bukti (khususnya yang bersifat tulen
atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau siri hal-hal tersebut.[1]
· Dalam Kamus Dewan,
istilah tersebut bermaksud keterangan atau bukti yang bertulis atau bercetak
serta surat yang boleh dijadikan bukti seperti surat perkahwinan rasmi.
· Menurut
Muhd. Yusof Ibrahim, ia seperti ilham, sumber adalah sesuatu yang boleh menjadi
punca kepada lahiran pemikiran atau penulisan, tetapi ia berbeza dengan ilham
kerana ia tidak abstrak dan ia boleh dirujukkan kembali apabila kita
memerlukannya lagi.[2]
· Biasanya,
sumber-sumber sejarah diertikan sebagai bahan tulisan ataupun bercetak.
· Sumber dalam
sejarah adalah seperti bahan-bahan tulisan, kesan-kesan peninggalan lama
seperti koin , dan Profesor Sartono Kartodirdjo juga mensifatkan dokumen
sebagai monumen, artifak, foto, dan sebagainya.
· Sumber
adalah sekumpulan bahan yang disimpan di dalam tempat-tempat yang khusus
seperti arkib, muzium, pejabat yang menyimpan rekod, perpustakaan, rumah orang perseorangan yang mempunyai minat
menyimpannya (biasanya rumah kediaman orang kenamaan) mahupun istana.
· Secara amnya,
istilah “sumber” boleh diertikan sebagai kumpulan bahan rujukan yang boleh kita
rujuk bagi kegunaan penyelidikan dalam mana-mana satu bidang keilmuan sahaja.
· Istilah
“sumber” ini mengandungi maklumat yang bersifat asli. (asli merupakan satu ciri
daripada istilah “sumber”.)